Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta. Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya. Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah, Rasulullah saw. Cinta yang melahirkan rasa hormat, patuh, ingin mempertahankannya, ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.
No comments:
Post a Comment